Tuesday, August 6, 2013

Kes Kemalangan Roslan

Sewaktu bekerja di kawasan perumahan assistant, Roslan telah terjatuh menyebabkan tulang belakangnya telah bergerak lari dari tempat asak. Roslan telah diberi rawatan di hospital kuala Lipis dan diberi MC lebih dari 2 minggu.

Dalam kilang kecoh dengan Jerry yang menyuruh assistant mengubah jalan cerita supaya ditukarkan daripada jatuh di kawasa  perumahan kepada jatuh motor semasa pulang dari tempat kerja. Ini bertujuan untuk mengelakkan daripada membuat laporan kepada pihak JKKP.

Iskandar telah memanggil QMO, En. Zulkifli yntuk meneliti kejadian ini dan apa yang perlu dilakukan. En. Zulkifli datang dengan qmi lain iaitu En. Joe. Bila Jerry tahu pasal perkara ini, dia memarahi Iskandar dan assistant. Kenapa panggil qmo datang? Kes Roslan tak perlu report pada JKKP. Kita sembunyikan sahaja seperti kes Shukri yang lepas. Kalau report ke JKKP nanti banyak prosedur kena buat. Banyak kerja lain lagi kena buat, kena report hq, esh, kena buat siasatan. Ingat senang ke.

Terpaksalah assistant beritahu kepada qmo supaya perkara ini didiamkan tetapi qmo tidak mahu terlibat dalam perkara seperti ini kerana perkara ni wajib dilaporkan kepada JKKP. Dari situ kami nampak wajah qmo yang kecewa dengan sikap manager.

Ini buka kerana apa tapi kerana kebodohan manager yang melampau dan berfikiran sangat pendek. Sepatutnya perkara ini terus dilaporkan kepada JKKP.

Setelah audit RSPO, perkara ni kantoi kerana laporan kemalangan ada tetapi borang jkkp 6 tidak dilampirkan. Nasib baik RSPO team tidak kenakan apa-apa tindakan NCR cuma diarahka  supaya kejadian ini dilaporkan semula kepada pihak JKKP secepat mungkin. Akhirnya perkara ini dilaporkan juga kepada JKKP tetapi JKKP masih belum tahu sebab apa perkara ini tidak dilaporkan dahulu.

No comments:

Post a Comment