Friday, May 3, 2013

Bukit Puteri Oil Mill

Bukit Puteri Oil Mill merupakan sebuah kilang kelapa sawit di bawah Sime Darby Plantation Sdn. Bhd. Kilang ini terletak di Sungai Koyan, Pahang. Capacity kilang Cuma 20MT/Hr merupakan antara kilang kecil dalam Sime Darby Plantation.

Bukit Puteri Oil Mill asalnya dibuka oleh Austral pada tahun 2005 dan kemudiannya berada di bawah Golden Hope Plantation selepas gabungan antara Golden Hope dan Austral. Kemudian Golden Hope, Guthrie dan Sime Darby bergabung dengan menggunakan nama Sime Darby. Ini menjadikan kilang Bukit Puteri berada di bawah Sime Darby sehingga hari ini.

Staff dan pekerja dalam kilang ini Cuma 68 orang sahaja, antara bilangan pekerja yang paling sedikit kerana kilang ini menggunakan Continuous Sterilizer (CS). CS tidak memerlukan PMT daripada DOSH kerana ianya tidak melibatkan tekanan. Jadi ia tidak memerlukan Certificate of Fitness (CF) sebagaimana Conventional Sterilizer. CS juga tidak memerlukan jumlah pekerja yang ramai, tiada operator yang diperlukan untuk menjaga CS.

Bukit Puteri Oil Mill hanya menerima bekalan buah (FFB) daripada Bukit Puteri Estate dan sedikit buah luar. Untuk masa sekarang, Bukit Puteri Estate tidak mampu menghantar buah yang cukup kepada kilang. Dengan kapasiti 20MT/Hr, Kilang sepatutnya menerima buah sehingga 400MT sehari tetapi kilang hanya menerima paling tinggi 200MT sahaja.

No comments:

Post a Comment